Pejam celik pejam celik dah pun setahun berlalu. Rasanya baru jer saya tulis entri Selamat Tahun Baru 2008 dan hari ini 2008 sudah pun berakhir. Seperti biasa saya akan menganalisa pencapaian saya untuk tahun 2008 dan sama ada saya mencapai sasaran yang saya tetapkan.
Mungkin anda semua sudah tidak ingat jadi di sini saya senaraikan semula sasaran saya untuk tahun 2008 sebagaimana yang saya tulis sebelum ini
Untuk tahun 2009, saya akan kembali fokus kepada market luar jadi saya tidak akan meletakkan sasaran khusus. Saya cuma ada satu sahaja projek khusus untuk pasaran Malaysia yang saya akan umumkan dalam jangka masa terdekat. Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan projek yang saya mulakan pada tahun 2008 seperti terus memberikan support kepada pelanggan ebook, memberikan personal coaching, membina laman web dan juga menulis di blog ini dari masa ke semasa.
Akhir kata selamat tahun baru kepada semua pembaca dan semoga di tahun 2009 ini, apa yang anda semua sasarkan mencapai kejayaan.
p/s - Blog ini telah diupgrade ke versi 2.7 dan apa yang saya boleh katakan wordpress versi 2.7 ini memang betul-betul hebat jadi kepada sesiapa yang belum upgrade, upgradelah sekarang.
Atas permintaan ramai, saya kini menawarkan perkhidmatan konsultansi dan juga personal training melalui online messenger dan juga face to face. Harga yang ditawarkan adalah antara RM150 - RM500 untuk satu sessi selama 2 jam. Selepas tamat sessi tersebut, saya akan melakukan follow-up melalui email.
Sessi face to face adalah untuk sesiapa yang tinggal di kawasan Lembah Kelang sahaja.
Selama 2 jam sessi tersebut saya akan berkongsikan pengalaman dan kemahiran saya atas topik-topik yang ditentukan oleh anda.
Sesiapa yang berminat sila hubung saya dan maklumkan topik apa yang hendak ada belajar atau apa yang hendak ditanya kepada saya. Jika topik tersebut adalah dalam bidang kemahiran, saya akan tentukan harga, masa dan tempat untuk sessi tersebut. Bayaran perlu dilakukan sebelum sessi bermula.
Antara bidang kemahiran saya ialah, website komuniti, tech blog, video blog, adsense, zangocash, chitika, direktori dan juga wordpress.
Soalan yang kerap ditanya kepada diri sendiri, kenapa aku gagal dapat duit sesenpun dari internet sedangkan orang lain dah kaya raya. Adakah mereka menipu? Betulkan boleh buat duit di internet?
Di sini saya senaraikan beberapa sebab yang saya rasa menjadi punca kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet.
Ok saya rasa cukup la saya senaraikan 10 faktor di atas. Kalau anda ada salah satu sikap di atas tentu anda tahu kenapa anda masih lagi tidak berjaya menjana pendapatan di intenet.
Laman web rasmi MajalahIM telah bertukar wajah di mana saya rasa rekabentuk baru ini lebih sesuai dengan laman web tersebut. Rekabentuk yang mempunyai ciri-ciri majalah online itu amat menarik dan lebih mesra pengguna. Selain itu, terdapat satu muka surat khusus untuk penulis-penulis majalah di mana saya rasa akan lebih menarik perhatian pelawat untuk memuat turun majalah tersebut.
Oh ya, MajalahIM ini masih lagi diedarkan secara percuma dan saya rasa memang rugi bagi sesiapa yang tidak mendapatkannya kerana dengan barisan penulis yang mempunyai kemahiran dalam bidang masing dan juga isi kandungan dan reka bentuk majalah yang setaraf dengan majalah yang dijual.
Bercakap tentang perubahan rekabentuk, blog ini juga membuat sedikit perubahan di mana saya harap ia akan lebih memudahkan pembaca menggeledah dan membaca artikel-artikel lama yang saya tulis sebelum ini.
Bagi sesiapa yang masih belajar atau mereka yang bekerja pasti mempunyai Do’s and Don’t iaitu dalam Bahasa Melayunya suruhan dan larangan. Do’s and Don’t ini merupakan satu guidelines ringkas tentang perkara yang perlu dilakukan dan juga perkara yang jangan dilakukan.
Di sini saya akan senaraikan Do’s and Don’t untuk usahawan internet berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya menjadi usahawan internet sepenuh masa selama lebih 3 tahun.
Do’s
Don’t
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.
.
Ok saya tahu hari ni dah masuk hari raya kelapan tapi saya tetap nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog ini. Saya telah pulang ke kampung selama seminggu lebih dan semasa di kampung line internet agak slow dan saya sendiri agak sibuk dengan persiapan raya sehingga tak sempat nak update blog.
Setiap individu mesti mempunyai matlamat dalam hidupnya. Orang yang tiada matlamat adalah orang yang sudah berputus asa dan seperti kereta yang dipandu tanpa arah atau seperti layang-layang yang terputus talinya.
Sejak kecil kita sudah mempunyai matlamat. Semasa sekolah rendah kita sering ditanya oleh cikgu, “Besar nanti nak jadi apa?” maka kita pun menjawab jadi doktor, jadi cikgu, jadi polis dan sebagainya. Itu semua adalah matlamat jangka panjang kita iaitu untuk menjadi cikgu dalam tempoh 15 tahun. Tetapi untuk mencapai matlamat jangka panjang tersebut, terdapat banyak matlamat jangka pendek yang kita mesti selesaikan. Sebagai contoh, untuk menjadi cikgu, kita mesti lulus periksa UPSR, PMR, SPM kemudian masuk universiti dan ambil kursus yang berkaitan.
Sama juga halnya dalam perniagaan internet. Mungkin matlamat kita untuk jangka panjang adalah menjadi jutawan internet dalam tempoh 10 tahun. Tetapi macam mana cara untuk kita mencapainya? Apakah langkah pertama kita untuk menjadi jutawan internet?
Langkah pertama ialah kita mesti sudah mempunyai laman web ataupun melakukan perniagaan dalam internet. Jadi matlamat jangka pendek ke arah mencapai matlamat jangka panjang iaitu menjadi jutawan internet adalah meletakkan sasaran mendapat RM300 sebulan dalam tempoh 6 bulan. Dan di dalam mencapai matlamat jangka pendek ini, kita perlu mencapai lagi matlamat harian atau dipanggil daily task. Daily task ini merupakan senarai kerja yang kita perlu siapkan setiap hari. Jadi, untuk mendapat RM300 sebulan, setiap hari kita perlu kemas kini laman web, hubungi bakal-bakal pelanggan dan sebagainya.
Jika kita sudah membuat semua langkah-langkah di atas tetapi masih belum tercapai matlamat jangka pendek, maka kita mungkin perlu meletakkan sasaran yang lebih realistik. Misalnya RM300 sebulan mungkin agak sukar dicapai pada permulaan, jadi kita boleh letakkan matlamat jangka pendek kita RM100 sebulan. Selepas tercapai barulah kita tingkatkan lagi sasaran ke RM200 sebulan dan seterusnya.
Untuk menjadi jutawan internet, kita memerlukan pendapatan berpuluh-puluh ribu sebulan tapi tahukah anda untuk mendapat pendapatan sebanyak itu, ianya bermula hanya dari pendapatan beratus-ratus ringgit sahaja. Journey of thousand miles begin with single step. Tanpa first step, jangankan thousand miles, 10 meter pun kita tak sampai.
Semasa saya mula-mula bekerja dulu, saya meletakkan beberapa matlamat peribadi antaranya memiliki rumah sendiri sebelum umur 30 tahun dan juga memiliki perniagaan sendiri sebelum umur 35 tahun. Pada masa tersebut, saya tidak tahu pun di mana rumah yang akan saya beli dan juga apa jenis perniagaan yang akan saya buat. Alhamdulillah, pada umur 28 tahun saya sudah memiliki 2 buah rumah dan pada umur 32 tahun saya sudah memiliki syarikat sendiri yang menjalankan perniagaan melalui internet.
Jadi kepada anda yang ingin menceburi perniagaan internet, sila tanya adakah anda sudah mengambil langkah pertama. Kalau anda sudah mengambil langkah pertama dan tersesat, kembali dan mulakan semula langkah anda.
Ok sebelum saya teruskan yang belum cukup umur pergi main jauh-jauh, yang belum kahwin boleh beli dan baca jer dan yang dah kahwin dialu-alukan untuk membeli, membaca dan mempraktikkannya.
Baiklah adik-adik sekelian, ebook Pancutkan Isteri ini merupakan lanjutan daripada ulasan saya sebelum ini iaitu Rahsia Malam Pertama. Kalau Rahsia Malam Pertama tu untuk newbie Pancutkan Isteri ni kira untuk otai la.
Kalau anda ingat ulasan saya ni nak menceritakan sama ada teknik tu berkesan ker tak, lupakan saja. Korang ni, syok jer nak dengan cerita-cerita dalam kelambu orang :p.
Apa yang saya akan ulas di sini ialah dari segi pemilihan topik, penulisan dan penyampaian, harga dan pengedaran ebook dan juga beberapa cadangan.
Ok yang pertama sekali dari segi pemilihan topik. Topik ini mempunyai sasaran pelanggan yang cukup luas kerana ia merupakan keperluan setiap manusia sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati (pucuk). Saya tabik kepada penulis ebook ini yang berani menulis ebook yang menyentuh topik-topik yang dianggap taboo dalam masyarakat kita yang malu-malu kucing ini. Dan saya yakin ebook ini akan laris jualannya kerana orang kita walaupun malu-malu kucing, tapi kalau tengok kat masjid kat kat gerai-gerai yang jual ubat kuat, minyak urut dan sebagainya, mesti penuh. Ada tu dah sampai nak meleleh air liur dengan pak cik tu dok cerita. Bagi saya, tak payah beli ubat-ubat tu semua, tu teknik blackhat tu. Walaupun berkesan untuk jangka masa pendek, jangka masa panjang ada kesannya.
Berbalik kepada topik yang dipilih, pancutkan isteri bukanlah bermaksud mengambil paip air dan memancutkan isteri anda hingga basah. Sebaliknya ia adalah teknik untuk membolehkan isteri anda mengalami female ejaculation ataupun squirting (pi kat sini nak tahu lebih lanjut http://en.wikipedia.org/wiki/Female_ejaculation, tak pun baca jer sales letter kat laman web Pancutkan Isteri. Kiranya sebelum ni anda dengar orang yang bersenjata sahaja boleh menembak, ataupun anda sendiri (lelaki) mungkin pernah menembah tetapi tiba-tiba hari ni target anda tu pun boleh juga menembak sebenarnya. Ni baru betul-betul koboi
Dari segi penulisan, saya rasa penulis ni memang pernah jual ubat kuat kat masjid. Cara penulisannya yang dicampur jenaka-jenaka lucah pasti membuatkan anda tersenyum simpul seorang diri atau tersenyum malu-malu kalau dok baca bersama isteri atau suami. Bagi saya cara penyampaian ilmu yang diselitkan unsur-unsur jenaka ini memang mampu membuatkan orang mudah ingat, dan tak rasa stress sangat dengan semua ilmu yang masuk. Selain itu, banyak disertakan grafik-grafik yang menunjukkan anatomi tubuh badan wanita dan juga posisi-posisi tertentu termasuk juga video. WOW!. Walaupun ebook ini hanyalah setebal 30 muka surat, tapi apa yang ditulis terus kebahagian tembak-menembak jadi anda tak perlulah menghabiskan masa membaca bahagian-bahagian lain yang anda sudah mahir.
Dalam keadaan sekarang di mana ebook-ebook berbayar diedar secara sewenang-wenangnya tanpa kebenaran penulis, penulis ebook Pancutkan Isteri ini telah memilih satu kaedah yang saya rasa mampu membendung gejala tidak sihat ini. Beliau memilih untuk mengedarkan ebook beliau melalui protected web pages iaitu di mana pembeli perlu memasukkan password untuk membaca ebook tersebut dan mesti mempunyai sambungan internet. Tetapi, kekurangan teknik ini ialah kalau yang hanya ada sambungan internet di pejabat, mesti naik lemau otak menghafal segala teknik-teknik yang diajar untuk dipraktiskan di rumah.
Satu cara untuk mengatasi masalah kelemauan otak ini adalah dengan menawarkan print on demand, di mana penulis menawarkan satu pakej kepada sesiapa yang tidak mempunyai internet atau pun komputer di rumah untuk mendapatkan ebook ini dalam bentuk salinan keras (hard copy). Penulis hanya perlu print setiap kali ada permintaan dan poskan ke rumah pelanggan tersebut. Dengan adanya salinan keras ini, pelanggan boleh membawanya kemana-mana sahaja hatta di atas katil ataupun di dalam tandas.
Harga yang ditawarkan saya rasa cukup rendah iaitu RM 60 sahaja dan pada masa sekarang penulis sedang melakukan promosi di mana harganya ialah RM 40 sahaja. Harga tersebut hanyalah lebih kurang harga 2 biji viagra sahaja (sumpah Saiful Bukhari, saya tak pernah beli viagra), sedangkan viagra merupakan teknik blackhat di mana ebook ini merupakan teknik white hat yang memerlukan kerja keras.
Harga yang ditawarkan di atas juga termasuk 4 ebook bonus di dalam Bahasa Inggeris yang menyentuh topik yang sama. Jadi memandangkan malam besok adalah malam Jumaat, saya rasa sempat lagi anda beli dan baca pastu terus praktikkan. Jangan baca siang-siang pulak, karang tak pasal-pasal batal puasa.
Kat bawah ni merupakan cover ebook yang menunjukkan seorang wanita sedang menyiram pokok bunga di rumahnya. Jadi kalau anda nak lihat isteri anda juga menyiram pokok bunga, silalah beli ebook ini (menggunakan link affiliate saya :D).
Diam tak diam MajalahIM yang diusahakan oleh 2 orang anak muda dari Team Flarebiz telah pun sampai edisi ke 7. Walaupun pelbagai cabaran dan kritikan yang mereka hadapi, tetapi mereka tetap hadapi dengan penuh tabah dan saya perhatikan sekarang yang pengurusan MajalahIM semakin tersusun di mana semakin ramai yang suka rela memberi sumbangan di dalam penerbitan majalah percuma ini.
Edisi kali ini agak istimewa sikit (bagi saya la, orang lain mungkin tak) kerana memuatkan temuramah krew MajalahIM bersama saya dan juga cover depan yang menampilkan gambar saya. Hmm, hampir nak penuh cover majalah dengan gambar saya, nampaknya nak kena kuruskan badan sikit
Bagi sesiapa yang tak pernah mendengar suara saya boleh mendengar rakamau audio temuramah yang disertakan. Tetapi bagi mereka yang sayangkan telinga mereka dan ingin menghindari pencemaran bunyi dari audio tersebut anda boleh membaca teks temubual tersebut yang telah ditulis betul-betul apa yang saya cakap.
Saya sendiri selepas baca teks tersebut baru perasan yang rupanya saya ni mempunyai satu tabiat apabila bercakap banyak sangat sebut “orang cakap apa”. Saya rasa tiap orang ada tabiat masing apabila bercakap contohnya kalau Tun Mahathir selalu sebut “apa nama” dan seorang blogger / model ni selalu cakap “macam” dalam setiap ayat beliau. Dan saya rasa kita sendiri pun tak perasan sehinggalah ada orang bagitau kita ataupun dalam kes saya baca balik teks percakapan saya yang ditulis.
Ok cukup la anda baca apa yang saya tulis, sekarang baca pulak MajalahIM versi terkini yang memuatkan pelbagai info dan tips-tips menarik untuk usahawan internet Malaysia.
Sila klik pada cover di bawah untuk download
Satu portal khusus untuk komuniti IT baru sahaja diwujudkan minggu lepas iaitu Experts Malaysia. Portal ini merupakan hasil seorang anak muda yang bernama Fikir Fadzil ataupun lebih dikenali sebagai taiping_online di forum WangCyber.
Portal ini khusus untuk membincangkan apa-apa sahaja masalah berkaitan dengan komputer dan juga internet di dalam Bahasa Melayu. Walaupun kita telah mempunyai satu komuniti IT yang agak besari iaitu Lowyat.Net tetapi kebanyakan perbincangan dalam portal tersebut adalah di dalam Bahasa Inggeris. Jadi saya rasa Experts Malaysia ni merupakan satu-satunya portal untuk komuniti IT di dalam Bahasa Melayu.
Saya rasa langkah yang diambil oleh saudara Fikri patut diberi pujian dan diharapkan usaha beliau berterusan sebab bukan senang nak menghidupkan sesebuah komuniti. Pertama sekali kita harus mempunyai identiti tersendiri yang membezakan kita dengan portal yang lain. Experts Malaysia boleh dikatakan mempunyai idenditi tersendiri iaitu sebagai komuniti IT ber Bahasa Melayu pertama tetapi saya rasa itu masih belum cukup. Usaha keras perlu dilakukan untuk membuatkan orang datang setiap hari dan aktif memberikan sumbangan dalam setiap topik yang dibincangkan.
Saya rasa buat permulaan ni tak salah kalau saudara Fikri mengambil langkah memberikan insentif tertentu kepada ahli yang aktif contohnya memberikan hadiah kepada Members of the Month dan sebagainya. Selain itu beliau juga boleh membayar pakar-pakar di dalam bidang tertentu untuk menjadi tempat rujukan di forum tersebut di mana tugas beliau hanya menjawab persoalan yang berkaitan dengan bidang kepakaran beliau.
Jadi, kalau anda minat IT (dah tentu minat kan, kalau tak tentu tak masuk internet), daftarlah sebagai ahli di forum Experts Malaysia dan sama-sama kita berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang dunia IT di Malaysia.